Cuaca buruk diramal di Selangor, Johor dan Sarawak


Cuaca buruk diramal di Selangor, Johor dan Sarawak
Oleh Ercy Gracella Ajos - Januari 19, 2025 @ 4:43pm
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal membadai beberapa daerah di Selangor, Johor dan Sarawak sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran media sosial berkata, di Selangor, keadaan itu diramal membadai Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat manakala Johor membabitkan Muar dan Batu Pahat.

Di Sarawak, cuaca itu diramal berlaku di Bintulu dan Sebauh dan Miri (Subis, Beluru dan Miri).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Ulasan