Kebakaran termahal dalam sejarah AS


Peshtigo Fire berlaku di Wisconsin dan Michigan pada tahun 1871. - Agensi

Kebakaran termahal dalam sejarah AS

19 Januari 2025 09:20am
Masa membaca: 2 minit

LOS ANGELES - Kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles, California Selatan, Amerika Syarikat (AS), telah meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa dan memusnahkan lebih daripada 12,300 struktur dalam tempoh lebih seminggu.

Namun, pakar menganggarkan kebakaran terbaharu ini adalah bencana paling mahal direkodkan setakat ini dengan jumlah kerugian terbaharu mencecah lebih AS$275 bilion (RM1.2 trilion)


Berikut adalah kos bencana kebakaran paling menelan belanja tinggi di negara seluruh AS mengikut tahun berlaku.

1. Peshtigo Fire (RM761 juta)

Pada 8 Oktober 1871,satu kebakaran dahsyat melanda timur laut Wisconsin dan Michigan yang menyebabkan 1.5 juta ekar (607,000 hektar) hangus, 11 bandar musnah manakala lebih 1,200 orang terkorban. Kebakaran berpunca daripada aktiviti pekerja kereta api yang membersihkan tanah untuk membina landasan pada musim panas dan kering.

Great Fire 1910 di Montana. - Agensi

2. Great Fire (RM139 juta)

Kebakaran Great Fire atau dikenali Big Blowup berlaku pada tahun 1910 yang menyebabkan hampir 3 juta ekar (1,214,000 hektar) hangus. Kejadian di barat Montana dan Idaho Utara dilaporkan berlaku ketika musim bunga dan kering serta diselang seli ribut petir dan angin kuat. Seramai 87 orang terkorban dan kebanyakkan adalah anggota bomba.



Camp Fire, California 2018. - Agensi

3. Camp Fire (RM48 bilion)

Kebakaran Camp Fire berlaku pada 8 November 2018 di California juga dianggap bencana paling mahal dalam sejarah AS. Kebakaran yang memusnahkan 153,336 ekar (62,000 hektar), berpunca daripada talian penghantaran elektrik yang rosak dan angin membawa api merebak hingga ke timur ke pekan di kaki bukit Paradise of Concow. Seramai 86 orang terkorban.


Tubbs Fire berlaku di California pada 8 Oktoeber 2017. - Agensi

4. Tubbs Fire (RM42 juta)

Tubbs Fire berlaku di California pada 8 Oktoeber 2017 yang dikatakan berpunca daripada kerosakan sistem elektrik persendirian yang menyebabkan kebakaran sehingga memusnahkan 5,600 struktur. Angin kencang menyebabkan kebakaran sukar dikawal sehingga beberapa minggu. Jumlah mangsa terkorban seramai 22 orang.


Maui Wildfire berlaku di Hawaii pada tahun 2023. - Agensi

5. Maui Wildfires (RM24 bilion)

Pada Ogos 2023, satu siri kebakaran hutan melanda Hawaii, terutamanya di Pulau Maui. Kebakaran berpunca daripada api membakar kawasan semak sehingga merebak luas mencecah sehingga 17,000 ekar (6,880 hektar). Menurut pihak bomba, angin dan musim kemarau yang panjang menjadi punca api sukar dipadamkan. Jumlah korban mencecah lebih 100 orang. - Agensi

Ulasan