Pemuda Palestin bertemu ibu semula selepas terpisah lebih setahun




Pemuda Palestin bertemu ibu semula selepas terpisah lebih setahun

28 Januari 2025 08:20am
Masa membaca: 1 minit

Pertemuan semula ibu dan anak itu berlaku ketika penduduk Palestin mula kembali ke utara Gaza pada Isnin. Foto Agensi

BANDAR GAZA - Seorang pemuda Palestin akhirnya dapat bertemu semula ibunya setelah terpisah selama lebih setahun kerana perang genosid di Genting Gaza.

Detik menyayat hati itu dikongsikan Al Jazeera ketika ratusan ribu penduduk Palestin sedang menuju ke utara Gaza selepas mendapat kebenaran Israel pada Isnin.

Lelaki itu dilihat memeluk erat ibunya.

"Hamed mahu jadi orang pertama yang menyambut saya. Semoga Tuhan mengasihaninya," ucap ibunya sambil menangis dan merangkulnya dengan erat.

Penduduk Palestin yang lain mengambil peluang untuk bersatu semula dengan ahli keluarga masing-masing selepa mereka dipisahkan oleh peperangan ganas tersebut.

Mereka sanggup berjalan kaki tanpa menghiraukan jarak yang agak jauh melalui laluan berpasir dikelilingi runtuhan struktur yang musnah dibedil sepanjang lebih setahun lalu. - Agensi

Ulasan