Teori konspirasi kebakaran dahsyat Los Angeles


Penampakan objek terbang tidak dapat dikenal pasti di ruang udara New Jersey pada akhir tahun lalu telah mencetuskan spekulasi baharu.

Teori konspirasi kebakaran dahsyat Los Angeles

16 Januari 2025 07:00am
Masa membaca: 4 minit

LOS ANGELES - Platform media sosial dibanjiri pelbagai teori konspirasi berhubung kebakaran dahsyat yang berlarutan selama lebih seminggu di Los Angeles (LA).

Sebahagian andaian yang dibuat agak tidak masuk akal dan turut menjadi topik perdebatan warganet.

Bencana termahal yang menelan kos berbilion dolar itu telah mengakibatkan kebinasaan pada skala luar biasa ketika usaha mengawal api daripada marak dan merebak ke luar kawasan California terus dipergiatkan.

Gabenor California, Gavin Newsom menyifatkan kejadian itu berisiko menjadi bencana alam terburuk dalam sejarah moden Amerika Syarikat (AS).

Berikut adalah antara teori yang dibahaskan pengguna media sosial.

1. Cubaan lindungi P Diddy


Beberapa pihak mendakwa kebakaran tersebut mungkin untuk menutup jenayah dilakukan penerbit muzik, P Diddy bersama selebriti dalam 'senarai rahsia' yang berdepan skandal penderaan seksual menggemparkan dunia hiburan AS.


Beberapa pihak mendakwa kebakaran tersebut mungkin untuk menutup jenayah dilakukan penerbit muzik, P Diddy bersama selebriti dalam 'senarai rahsia' yang berdepan skandal penderaan seksual menggemparkan dunia hiburan AS.

Ironinya, rumah agam milik penyanyi rap tersebut langsung tidak terjejas dalam kebakaran hutan di California Selatan meskipun ia terletak di Holmby Hills berhampiran timur Beverly Hills yang dekat dengan laluan api Palisades.

Sebahagian besar kediaman selebriti yang lain berhampiran Pacific Palisades yang terletak kira-kira lapan hingga 80 kilometer dari Holmby Hills dilaporkan musnah.

Bekas pegawai kerajaan, Catherine Austin Fitts bagaimanapun cuba menyangkal teori tersebut.

"Berapa ramai komuniti yang terlibat berada dalam 'senarai rahsia' P Diddy?" soalnya merujuk kepada nama selebriti yang didakwa menghadiri parti seks liar anjuran penyanyi kontroversi tersebut.

Terdapat juga dakwaan yang menyatakan kebakaran itu bertujuan untuk menghapuskan bukti termasuk rangkaian terowong yang menghubungkan kediaman P Diddy dengan rumah agam lain yang terpalit skandal tersebut.

2. Sorok misteri dron

Penampakan objek terbang tidak dapat dikenal pasti di ruang udara New Jersey pada akhir tahun lalu telah mencetuskan spekulasi baharu.

Tindakan pemerintah yang terus mengunci mulut telah menyebabkan ramai warganet percaya kebakaran di LA sebagai cubaan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu itu.

"Adakah sesiapa yang sedar tiada lagi dron misteri berlegar-legar di New Jersey. Jadi, kita boleh beri fokus kepada bencana baharu seperti kebakaran dahsyat di California," ujar seorang pengguna di platform X.

Bakal Presiden Donald Trump berjanji untuk membongkar kebenaran apabila beliau kembali ke Rumah Putih selepas beliau sendiri pernah terlihat dron berlegar-legar di kawasan hartanah miliknya di Bedminster.

3. Senjata angkasa lepas

Sejumlah pentaasub teori konspirasi mendakwa kebakaran tersebut disebabkan 'serangan senjata tenaga terus' untuk menghapuskan manusia.


Sejumlah pentaasub teori konspirasi mendakwa kebakaran tersebut disebabkan 'serangan senjata tenaga terus' untuk menghapuskan manusia.

Topik itu dibahaskan berdasarkan rakaman memaparkan objek terbang misteri berhampiran LA ketika kebakaran itu bermula.

Beberapa warganet juga mempertikaikan bagaimana pokok palma terselamat sedangkan kediaman musnah dijilat api, lalu muncullah teori kebakaran itu disebabkan senjata dari langit atau angkasa lepas.

"Mustahil kereta dah rumah musnah sepenuhnya, namun pokok masih tegak berdiri," kata seorang pengguna media sosial.

Tetapi, pakar cuba merungkai persoalan tersebut dengan menyatakan pokok palma mempunyai kandungan lembapan yang tinggi, sekali gus menyukarkan ia daripada terbakar.

Selain itu, muncul juga teori mendakwa kebakaran itu disebabkan oleh penggunaan senjata gelombang mikro yang berfungsi dari angkasa lepas sama seperti laser pemusnah planet digunakan dalam filem sains fiksyen, Star Wars.

4. Angkara meter pintar

Pengguna media sosial menyebut teori tentang skala kemusnahan LA yang dikaitkan dengan meter pintar.

Sebahagian daripadanya percaya kebakaran itu dicetuskan 'dari dalam' berpunca daripada bateri litium dan pendawaian tembaga.

Tetapi, ada juga yang menolak dakwaan tidak berasas itu dengan menjelaskan meter pintar disambungkan ke meter rumah melalui rangkaian khusus dan bateri litium yang digunakan mereka adalah stabil.

5. 'Bersihkan' laluan projek kereta api laju

Sejumlah pengguna platform X berkongsi peta laluan api dengan rangka kerja projek rangkaian kereta api laju California.

Catatan tersebut mendakwa kebakaran itu sepadan dengan laluan rangkaian pengangkutan kereta api antara San Francisco dan LA.

Difahamkan, projek tersebut berulang kali terpaksa ditangguhkan.

Namun, pemeriksa fakta menyangkal dakwaan itu dan memaklumkan peta yang digunakan itu adalah tidak tepat.

Satu lagi teori konspirasi yang muncul adalah kebakaran itu dicetuskan Gabenor California, Gavin Newsom dan Presiden Joe Biden bagi menjayakan projek kereta api laju yang dibiayai China.

6. Guna 'beg tangan wanita'

Pasukan bomba yang berhempas-pulas turut berdepan teori tidak masuk akal iaitu anggota mereka menggunakan beg tangan wanita untuk mengawal api.


Pasukan bomba yang berhempas-pulas turut berdepan teori tidak masuk akal iaitu anggota mereka menggunakan beg tangan wanita untuk mengawal api.



Ia berdasarkan imej kru membawa 'beg tangan wanita' berisi air dan penyebar teori itu, Alex Jones mendakwa mereka kekurangan peralatan kerana bekalan itu telah dihantar ke Ukraine.

Ketua Jabatan Bomba LA, Erik Scott bagaimanapun menjelaskan 'beg tangan' itu sebenarnya beg kanvas yang biasa digunakan mereka untuk mengawal api kecil dan tidak perlu disambung dengan hos.

Scott turut menafikan dakwaan mereka terpaksa merekrut orang awam untuk menyertai operasi bomba.

"Ia jelas tuduhan tidak berasas. Keutamaan sekarang adalah untuk membantu orang ramai berpindah dan menyelamatkan lebih banyak nyawa," tegasnya.

Ulasan