Sheryl Crow tunjuk protes, jual Tesla
18 Februari 2025, 10:00 am
LOS ANGELES: Penyanyi, Sheryl Crow, 63, bertindak menjual kereta Teslanya sebagai tanda protes terhadap pemilik saham terbesar jenama kereta itu, Elon Musk yang baru-baru ini dilantik Presiden Donald Trump menganggotai Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE).
“Orang tua saya selalu menasihatkan, anda adalah cerminan kepada kawan-kawan anda.
“Tiba masanya untuk saya memutuskan dengan siapa saya harus bersahabat. Selamat jalan Tesla,” tulisnya di Instagram.
Trump menubuhkan DOGE untuk memerangi penipuan dan pembaziran dalam agensi kerajaan negara itu.
Jabatan itu baru-baru ini menimbulkan kemarahan ramai pihak apabila membuat dakwaan kononnya Radio Awam Nasional (NPR) dan Perkhidmatan Penyiaran Awam (PBS) membazirkan dana kerajaan dengan menghasilkan kandungan-kandungan yang dianggap mereak berat sebelah.
Crow dalam pada itu turut memaklumkan dia akan mendermakan hasil jualan kereta teslanya kepada NPR.
“Kedudukan NPR terancam dibawah Musk, saya harap kebenaran akan terbukti nanti,” tulisnya lagi.
Ulasan
Catat Ulasan